GF : Awak, meh sini telefon bimbit awak
BF : Kenapa ? Nak buat apa ?
GF : Ada lah, kalau awak sayang saya baik awak kasi!
BF : Nahhh..  ** Nasib baik lah aku dah delete semua message.. Fuhh! ** (cakap dalam hati)

Siapa pernah ada dalam situasi macam ni ? Selalu ke kamu ‘skodeng’ telefon dia ?
Jumpa apa-apa tak ? Nahhh! Tentulah tidak, kerana lelaki lebih bijak daripada kamu.
Tak nafikan! Mereka boleh baca taktik dan permainan kamu.
 Mereka dah lali dengan semua drama seperti itu. Jadi tidak mustahil
jika mereka terlepas daripada ‘perangkap’ kamu.

Jadi, apa kata jom kita cuba tukar teknik ‘skodeng’ yang lebih relevant
 mengikut peredaran masa kini.

1) PERIKSA AKAUN FACEBOOK ATAU MEDIA SOSIAL DI DALAM TELEFON BIMBIT
Tidak di nafikan semua pemegang smart phone mempunyai aplikasi facebook,
 twitter, instagram dan macam-macam lagi di dalam telefon bimbit mereka bukan ?
Jadi, mengapa mesti periksa mesej keluar masuk sahaja ? cuba lah kamu ‘skodeng’
sekali akaun media sosialnya sekali. Mana lah tahu….

2) PASTIKAN APLIKASI APA YANG SI DIA SUKA ‘UPLOAD’
Cuba lihat aplikasi apa yang si dia suka upload dalam telefon  bimbitnya. Jika si dia
 gemar upload permainan, kemungkinan kamu selamat. Tetapi sekirannya
 si dia gemar ‘upload’ segala media sosial yang terbaru itu bermakna
kamu perlu berhati-hati. Kerana itu menunjukan si dia seorang yang
gemar bersosial di alam maya dan ada kemungkinan si dia berkawan
 dengan perempuan lain. Jadi, jangan lupa buat seperti yang pertama tadi ya!

3) KENAL PASTI ‘CONTACT NUMBER’ YANG ADA
Ada sesetengah lelaki, mereka memang bijak menyembunyikan
 sesuatu terutamanya nombor telefon perempuan lain. Jadi, cuba
 perhatikan betul-betul senarai nama contact nombor di dalam
 telefon bimbitnya. Ada tak nama yang ada simbol yang peli-pelik ?
 mana tahu sebenarnya simbul itu adalah ‘mark’ untuk sesuatu.

4) BUKA FAIL-FAIL YANG MENCURIGAKAN
Jika si dia suka memcipta fail-fail yang baru. Apa kata kamu
periksa apa yang ada di dalamnya. Manalah tahu jika-jika dia ada
 menyimpan sesuatu daripada kamu.

5) CHECK SETTING
Jika kamu seorang yang pandai mengodek, apa kata cuba kamu
 periksa setting telefon bimbitnya, kemudian pergi ke ‘task manager’
 dan lihat apa yang dia lakukan sepanjang hari dengan telefon pintarnya itu.

P/s:- gugurl n boboy.. apa laie.. ayuh menjalankan misi anda.. heheheh have a fun guys...